PERTANYAAN LISAN
DARIPADA : Y.B TUAN MANOGARAN A/L MARIMUTHU
SOALAN :
TUAN MANOGARAN (AHLI PARLIMEN TELUK INTAN) MINTA MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan:-
a) Garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi memastikan pekerja-pekerja asing yang dibawa masuk ke Negara ini sekurang-kurangnya memilki satu kemahiran khusus dalam bidang yang mereka diluluskan untuk bekerja; dan
- Senarai bidabg pekerjaan yang memerlukan tenaga pekerja asing yang mempunyai kemahiran di Negara Kita .
JAWAPAN :
Tuan Ynag di -Petua,
1. Secara amalan ketetapan dasar mengenai pengambilan pekerja asing pada masa ini hanya membenarkan pengambilan pekerja asing yang separuh mahir dan tidak mahir. Jawatan yang memrlukan kemahiran hanya dihadlkan kepada rakyat tempatan sahaja dalam memastikan peluang rakyat tempatan terjamin selaras dengan pembangunan modal insan berkemahiran oleh pihak Kerajaan pada masa kini. Namun begitu , negara sumber telah mengambil inisiatif dengan memstikan setiap calon pekerja yang akan bekerja di Malaysia perlu melalui kursus induksi dan latihan kemahiran asas tertentu sebagai persediaan kepada para pekerja terbabit.
2. Secara dasarnya permintaan pekerja asing adalah terbuka dan dipengaruhi kuasa pasaran namun ia adalah tertakluk kepada dasar sedia ada Kerajaan. Manakala bagi pekerja profesional di bawah dagang syarat-syarat penggajian telah di tetapkan di bawah Jawatankuasa Pegawai Dagang (JKPD) yang diurusetiakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia(JIM)
3. Kebenaran bagi majikan menggaji warga asing berkepakaran terutama pegawai dagang bagi menarik pelaburan luar serta memenuhi kemahiran yang tertentu. Pertimbangan bagi menggaji pegawai dagang hanya diberi bagi jawatn utama(Key post) serta jawatan yang memerukan kelayakan dan kemahiran yang sukar diperolehi.
4. Syarat juga ditetapkan supaya gaji minima pegawai dagang tidak boleh kurang dari RM5,000 sebulan . Ini bagi mengelakan majikan sewenang-wenangnya menggaji pegawai dagang.
5. Kementerian Sumber manusia (KSM) menganggotai Jawatankuasa Pegawai Dagang (JKPD) yang diurusetiakan oleh Jabatn Imigeresen Malaysia (JIM) bagi meluluskan kemasukan pegawai dagang. Walaupun Kerajaan membenarkan kemasukan mereka namun sokongan dan kelulusan hanya diberi tertakluk kepada prinsip availability of local candidate.
6. Berdasarkan prinsip ini , calon-calon tempatan akan diberikan keutamaan melainkan sekiranya pegawai dagang yang ingin di bawa masuk memegang jawatan utama atau pemegang saham utama dalam syarikat.
Tuan Yang di-Pertua,
7. Dalam keadaan di mana calon-calon tempatan didapati tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman yang mencukupi , majikan akan disyaratkan untuk melantik pekerja tempatan secara understudy atau apprentice yang akan diletakkan di bawah penyeliaan dan latihan pegawai dagang yang dibawa masuk.
8. Ini bertujuan bagi membolehkan pekerja tempatan yang dilatih akan mengambil alih tugaan ynag dilakukan pegawai dagang apabila tiba masanya.
Tuan Yang di-Pertua,
Jawapan(b)
1. Pegawai dagang ynag dibenarkan unutk bekerja di Negara ini adalah sepaerti dalam kriteria berikut :
a) Jawatan Penting (Key Post )
Jawatan pengurusan peringkat tertinggi dalam syarikat milik asing
- Mereka yang diperlukan unutk menjaga kepentingan pelaburan mereka di negara ini.
- Mereka yang terlibat dalam menentukan polisi dan hala tuju syarikat.
b) Jawatan Eksekutif
1. Jawatan bidang profesional / Pengurusan peringkat pertengahan.
2. Memerlukan kelayakan , pengalaman dan kemahiran praktikal dalam bidang berkaitan.
3. Penyandang bertanggungjawab melaksanakan polisi syarikat dan pengawasan kakitangan bawahan .
c) Jawatan Bukan Eksekutif
1. Jawatan bidang kemahiran tinggi.
2. Memerlukan pengalaman dan kemahiran teknikal dalam bidang yang berkaitan.